Sebelum memasuki alam persekolahan,kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. Pengalaman ini bermula sejak mereka mula menyusu. Selain itu, mereka juga mereka juga didedahkan dengan cairan lain seperti air, minyak, sirap dan ubat cecair. Antara bekas-bekas yang biasa mereka gunakan pula adalah seperti botol, baldi, sudu, mangkuk dan sebagainya.
Kanak-kanak mudah terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan. Mereka menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti isipadu yang lebih banyak walaupun sebenarnya bekas yang rendah itu mempunyai kapasiti muatan isipadu yang banyak. Salah tanggapan ini boleh dibetulkan oleh guru dengan cara kaedah pengajaran yang lebih praktikal.
Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang kita sukat. Mungkin bagi orang dewasa bunyinya mudah, tetapi ia mungkin punca kesukaran bagi kanak-kanak. Sepertimana kanak-kanak melakukan perbandingan ini, mereka bukan sahaja meningkatkan kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malahan mereka juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran. Ia merupakan langkah pertama pengenalan konsep ini kerana ianya tidak melibatkan apa-apa nombor.
Dalam membuat perbandingan antara dua buah bekas yang mempunyai kapasiti paling banyak, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung. Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlu menggunakan beberapa jenis pengisi antaranya adalah air dan pasir. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang boleh mengisi lebih kapasiti.
2.0 Video mengukur isipadu cecair.
Video ini menunjukkan cara menyukat isipadu cecair dengan menggunakan bikar penyukat milliliter. Video yang ditunjukkan juga memberikan gambaran dan pemahaman jelas kerana pertambahan air dapat dilihat dengan jelas. Pergerakan naik air ke takat yang diinginkan disebut dan diterangkan dengan jelas. Video ini boleh di tonton di http://gerimisbaiduri.blogspot.com/
3.0 Maksud Alat Bantu Mengajar
ABM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.
Menurut Noraziah Abdul Hamid ( 1981) , ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Pendapat ini disokong oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang menggambarkannya dalam bentuk “ cone of experience” atau ‘kon pengalaman’ di mana proses pembelajaran bermula dengan proses konkrit kepada proses yang lebih abstrak.
Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.
Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama ‘alat bantu mengajar’.
3.1 Jenis-Jenis ABM
1. Alat bantu mengajar bukan elektronik
2. Alat bantu mengajar elektronik
3. Alat-alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar.
3.2 Alat bantuan pengajaran topik Isipadu Cecair Tahun 2Antara alat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah :
3.2.1 Botol
3.2.2 Gelas
3.2.3 Cecair berwarna
3.2.4 Jag air
3.2.5 Cawan
4.0 Aktiviti pengajaran
4.1 AKTIVITI 1 (Menyukat dan membezakan isipadu cecair)
Objektif pengajaran
Murid akan diajar menyukat dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus menggunakan unit bukan piawai.
Hasil pengajaran
Diakhir pengajaran murid dapat:
1. Membezakan dua isipadu cecair dengan membuat perbandingan secara terus.
Pengetahuan sedia ada
1. Murid telah dapat membezakan kapasiti isipadu cecair samada kosong, separuh atau penuh.
2. Murid juga pernah menuangkan cecair dari bekas yang berbeza-beza saiz dan bentuk.
Bahan Bantu Mengajar
1. Jag
2. Botol
3. Bikar
4. Cecair berwarna
5. Gelas lutsinar
Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran
1. Guru menyediakan dua bekas yang terdiri daripada satu biji botol dan satu gelas lutsinar.
2. Botol akan diisi dengan air berwarna sehingga penuh, manakala gelas tidak diisi apa-apa.
3. Air didalam botol yang penuh akan dituangkan kedalam gelas kosong tersebut, walaupun diisi air hingga penuh masih terdapat baki air didalam botol tersebut.
4. Murid diminta membuat kesimpulan berdasarkan aktiviti yang dijalankan sebentar tadi.
5. Guru menerangkan bahawa sekiranya masih ada baki air didalam botol, maka isipadu air dalam botol adalah tidak sama isipadu air didalam gelas. Ini menunjukkan bahawa botol yang digunakan mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding kapasiti gelas.
6. Aktiviti ini akan diteruskan pula oleh beberapa pelajar dengan menggunakan bekas yang berbeza-beza bagi menambahkan pemahaman pelajar.
7. Murid secara berkumpulan diminta menyelesaikan tugasan di bawah.
LATIHAN AKTIVITI 1
MENYUKAT DAN MEMBEZAKAN ISIPADU CECAIR
Bulatkan bekas yang dapat mengisi cecair paling banyak. Isi tempat kosong dengan perkataan “lebih daripada” atau “kurang daripada” pada pernyataan yang sesuai.
4.2 Aktiviti 2 (Menyukat dan membezakan isipadu cecair)
Objektif pengajaran
Murid akan diajar menyukat dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus menggunakan unit-unit bukan piawai.
Hasil pengajaran
Diakhir pengajaran murid dapat:
1. Membezakan dua isipadu cecair dengan membuat perbandingan secara terus.
Pengetahuan sedia ada
1. Murid telah dapat membezakan kapasiti isipadu cecair samada kosong, separuh atau penuh.
2. Murid juga pernah menuangkan cecair dari bekas yang berbeza-beza saiz dan bentuk.
Bahan Bantu Mengajar
1. Jag
2. Botol
3. Cecair berwarna
4. Gelas lutsinar
Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran
1. Guru menyediakan sebuah jag dan sebuah botol besar yang diisikan dengan cecair berwarna sehingga penuh.
2. Murid diminta membandingkan paras cecair didalam kedua-dua bekas tersebut.
3. Guru mengemukakan soalan. “ Air dalam bekas manakah yang paling banyak?”.
4. Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan dinamakan kumpulan tersebut dengan nama jag dan botol mewakili nama kedua buah bekas yang digunakan guru.
5. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil bagi menuangkan air kedalam cawan-cawan yang telah disediakan. Setiap cawan mestilah diisi sehingga penuh. Aktiviti ini akan berlangsung sehingga air dalam kedua-dua bekas habis.
6. Setelah selesai, guru bersama murid akan mengira bilangan cawan yang diisi dari setiap kumpulan. Gambarajah dibawah menunjukkan hasil aktiviti yang telah dijalankan.
7. Berdasarkan kiraan tadi, murid diminta menentukan antara jag dan botol, yang manakah dapat mengisi paling banyak cawan.
8. Murid dibimbing membuat kesimpulan bahawa kapasiti sesuatu bekas boleh di ukur dengan cara menuangkan semua cecair kedalam bekas yang sama saiznya.
9. Murid diberikan latihan pengayaan secara berkumpulan seperti di bawah.
LATIHAN AKTIVITI 2
MENYUKAT MENGGUNAKAN UNIT BUKAN PIAWAI.
Menggunakan alatan yang diberi . Kirakan bilangan gelas yang dapat di isi bagi setiap bekas dibawah dan tuliskan bilangannya di tempat yang di sediakan.
5.0 Penutup
Diharapkan dengan perancangan aktiviti beserta bahan-bahan maujud yang digunakan dapat membantu guru-guru melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. ABM yang betul mampu mempelbagaikan aktiviti kepada para pelajar di samping menyeronokkan. Kepelbagaian aktiviti beserta keceriaan pelajar semasa menajalankan aktiviti mampu meningkatkan pemahaman sesuatu konsep atau isi pengajaran guru dengan lebih bermakna. Semua bahan bantu pengajaran dan aktiviti yang telah saya rancangkan boleh dilayari di http://gerimisbaiduri.blogspot.com/.
BIBLIOGRAFI
1. Liew Su Tim & Cham Juat Eng (2003) , Mathematics Textbook Year 2. Johor.
2. Masriatol Farahiyah Sajali. ABM Matematik. Boleh dilayari di :
3. Murugiah Velayutham, Kao Thuan Keat. Teaching Mathematics In Year 2. Open University Malaysia. Selangor 2010.
4. Peter Weatherall & Hidemi Ueno(2010). MUSICAL Math DVD: Measuring a Volume. Boleh dilayari di
5. ________Curriculum Specifications. Mathematics Year 2 . Curriculum Development Centre Ministry Of Education Malaysia 2003.
No comments:
Post a Comment